iShare merupakan sebuah agensi insuran berdaftar dibawah Global Group Holdings Sdn Bhd. iShare juga memberikan anda bantuan dalam mendapatkan perlindungan terhadap kenderaan anda.
Sebuah Program Perkongsian Unik (PPU) dalam memperkenalkan Satu Budaya Baru Dengan Membentuk Komuniti Prihatin, saling bantu membantu antara satu sama lain, peluang menjana pendapatan lumayan dan seterusnya meringankan beban dalam proses pembaharuan cukai jalan dan insuran kenderaan.Ditubuhkan pada tahun 2008, Global Group Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang komited dalam permotoran, percetakan, konsultan pendidikan, kursus & seminar, pelancongan dan hartanah.
Global Group Holdings Sdn Bhd mempunyai beberapa anak syarikat yang bernaung dibawahnya iaitu Fairpark Corporation Sdn Bhd, Fairpark Resources Sdn Bhd, Fairpark Synergy Sdn Bhd, Global Medic Network Sdn Bhd, Global Tourism Network Sdn Bhd dan Aspirasi Optima Sdn Bhd.
Pada tahun 2013, kami maju setapak lagi dengan memperkenalkan produk perkhidmatan dalam sektor insuran permotoran melalui Program Perkongsian Unik (PPU) yang diberi nama iSHare. PPU adalah berdasarkan Formula Perkongsian Komisen & Bonus (FPKB)
Global Group Holdings Sdn Bhd berhasrat untuk membentuk satu jaringan komuniti yang akan memberi kelebihan kepada komuniti itu sendiri. Komuniti prihatin yang terbentuk akan mendapat faedah dengan pembelian pukal, perkongsian bonus, baucer hadiah, jaringan perniagaan, sumbangan derma dan sebagainya.
Semoga Allah akan membantu usaha kita.
We Share, We Help, We Care.
Misi iShare
-Mewujudkan satu kuasa tawar menawar di dalam pelbagai bidang bagi faedah dan keuntungan komuniti iShare.
-Membentuk satu kumpulan rangkaian pengguna iShare yang dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain.
-Membentuk rangkaian perniagaan iShare yang unik.
-Merupakan sebuah komuniti iShare yang berteraskan kebajikan.
Visi iShare
Membudayakan masyarakat agar saling berkongsi, bantu membantu serta prihatin dan penyayang.
No comments:
Post a Comment